Wednesday, July 16, 2014

Indahnya Kenangan Ramadhan



Assalamualaikum w.b.t

Tazkirah Ramadhan biasanya selepas selesai solat sunat Terawih dan witir.  Seronok dengar tazkirah ni, terutamanya orang yang jahil macam aku.Lagi banyak kita tahu, lagi banyak sebenarnya yang kita tak tahu. Mengimbau kenanang berpuasa di kampung masa kecik-kecik dulu, teringat pada arwah atuk.(Al Fatihah). Selalunya kami berkumpul lebih awal sebelum waktu berbuka untuk Tahlil ringkas. Kemudian sama-sama berdoa memohon pengampunan Allah dan kesejahteraan keluarga.Tradisi keluarga yang kian aku lupakan.  Masa tu tak pernah pun tanya kepada atuk kenapa dia buat semua tu.  Rupanya besarnya hikmah di sebalik tradisi keluarga yang atuk cuba terapkan.  Mendengar tazkirah ramadhan buat aku faham serba sedikit.

Waktu yang yang paling afdhal berdoa bagi orang-orang yang berpuasa adalah sebelum berbuka. 5 hingga 10 minit itu waktu paling baik berdoa. Tapi kita sibuk dengan pelbagai aktiviti lain. Sedangkan waktu itu doa sangat mustajab.Menurut ustaz, bacalah apa-apa doa dan yang paling baik adalah doa-doa dari Al quran.

Di sini aku kongsikan doa yang dinyatakan ustaz dalam tazkirah ramadhan tempohari.
Dari Surah Al Maidah ayat 114
Semoga Allah meluaskan rezeki kita semua.

Kita hampir memasuk fasa terpenting dalam ramadhan..

Ya Allah ampuni kami, kedua ibubapa kami.Andai ini Ramadhan yang terakhir buat kami, terimalah puasa kami, ibadah kami. Andai tiba masa kami kembali kepada Mu, ambillah kami dalam keadaan yang baik-baik.Semoga kematian kami adalah ketenangan buat kami
Ya Allah bantulah saudara-saudara kami di Palestin.Turunkanlah bantuan Mu kepada mereka Ya Allah

Amin Ya Rabbal al amin



Friday, June 13, 2014

Habis dah Cuti Sekolah

Assalamualaikum w.b.t

Jangan muntah pulak tengok posting bertalu-talu.

Tiada cerita yang menarik pun.

Hidayah ada program selepas Zuhur, hari Khamis. Jadinya semalam pagi hantar semula Hidayah balik ke asrama.Since tengahari tiada makanan disediakan di dewan makan, budak-budak sepakat buat 'pot luck'.
Aku masakan sambal udang (seronoklah bebudak gamaknya sebab udangnya besar-besar!) terima kasih Cu, rebus mee untuk Hidayah bawa ke asrama. Goreng juga ayam.

Bila Hidayah balik semula ke asrama, memang rasa sunyi sangat.  Dialah kawan yang boleh diajak bersembang bercerita dan of course  go for walking and shoppings (macamlah banyak sangat duit, manjang shoppings).Sunyi juga sebab tidak kedengaran suara dia mengaji dan membaca Al-quran pada setiap kali selepas solat.

Doa ibu sentiasa bersama kakak, Semoga kakak akan mencapai kecemerlangan dalam SPM
Ya Allah kurniakanlah kepada anakku Nur Hidayah Attira binti Zaini, kejayaan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014 dengan mendapat 11A!Amin

Layan jelah ye gambar perasan overdose!
Selfielah sangat!



Si kecik Imran yang snap gambar ni sebab tu dia tak enterframe!


Jalan-Jalan Cuti Sekolah

Assalamualaikum w.b.t

Ada orang sound dalam komen posting sebelum ni..Yang bebenornya memang malas nak mengadap laptop, upload gambar dan buat posting!

Cuti sekolah panjang tak pergi mana-mana pun..Duit pun tak banyak.Tambah-tambah baru lepas mendaftar anak sulung sambung belajar di MSU.(nanti buat posting tu)

Aku dah janji dengan Hidayah nak bawa dia jalan-jalan di NU Sentral, mall baru buka di KL Sentral. Jadinya tunaikan janji yang tertangguh. Pusing-pusing je, tak shopping apapun.Singgah di MBO beli fresh fruit dan asam untuk hidayah bawa balik ke asrama.

Lepas tu bawa pulak budak manja berdua ni ke Tesco.  Masuk outlet Professor and buy new school uniforms for Hidayah.Adoiiii cikgu ni pun satu hal, dah setengah tahun kot!Tapi sebab pelajar Tingkatan 5 bakal menghadapi SPM, mereka direhatkan dari memegang sebarang jawatan di sekolah.So baju pengawas tak boleh pakai dah, pakai uniform sekolah biasa.

Lepas Shopping apa yang patut, ajak budak manja 2 orang ni lepak pekena nasi ayam dan roti jala..Makan 3 orang memang tak habis..Dinner siap-siap, senang balik rumah terus ...gedebom!Tidur!


Imran kalau ajak bergambar memang nak bersilat je!kalau kita tak sound memang macam-macam memek muka dibuatnya!



Saje nak perasan!sengaja kasi teleng!
 
Gambar memang blurr!Handphone cap ayam dah memang uzur!

Wednesday, April 23, 2014

Saje>>>>Posting untuk Orang Yang Sakit Hati tu

Macam bagus je...memang bagus pun Alhamdulillah
Dah lama tak dengar khabar berita.Tambahan pulak handphone dah hilang semua data dan no telefon. Aku mintak nombornya daripada seorang kawan.
Bila rasa nak sakit hati dia buka blog aku ni!Memang sakit hati sangat-sangatlah tu..Dia kata macam nak mesin rumput di sini..bukan berhabuk tapi dah macam hutan belantara!
Gambar-gambar ni di ambil bulan lepas masa melawat sepupu yang kemalangan sewaktu menghantar anak-anaknya ke sekolah..
Semoga jumpa lagi dalam posting yang lain
Sayang semua
BFF--si kecik yg rajin teman Mama ke mana jua



Sunday, December 29, 2013

FWSC Gala Diner di Bora Ombak

Assalamualaikum w.b.t
Bertempat di Bora Ombak, Ampang..Hari hujan, agak lecah...Maaf nak cakap, food bit lousy. Tak pelah yg penting dapat berkumpul bersama rakan-rakan sepejabat dan keluarga sekali setahun. psstttt Committee please next time choose better place.Bayar mahal sikit pun akak ok janji, bersih dan makanannya sedap..Jangan ambil hati teguran akak ni ye.
Tema - Batik.Kebetulan ada dress batik baru siap tempah, so aku pakai jelah.Beli tudung plain Dark brown..Someone said to me, Sis u look so goergous!(komen dalam facebook)..ok itu cuma edisi perasan jelah!


Thank you to Husband Hasanah for the lovely photo..Masa ni tinggal dengan Imran Firdaus, abahnya dah pergi kerja semula

Kalau dinner setakat makan-makan memang tak menyeronokkan langsung..so acara berkumpulan.Sakit perut gelak jelah..Tak pasal-pasal perform 'Tegar'..Masa ni Boss Eddy belum sampai!.

Lucky Draw, dapat periuk bertingkat-tingkat..suka suka suka..
cer bayang kalau dapat duit bertingkat-tingkat!
hahaha


Mimpi Lorenzo!

Assalamualaikum w.b..t

Lamanya tak dikemaskini blog aku ini.
Keadaan Kesihatan benar-benar tidak mengizinkan aku untuk bercerita di sini.
Nanti aku update ceritanya.
Apapun Alhamdulillah sekarang ini semakin beransur sihat
Syukur Ya Allah



Ada sekali tu temankan adik aku shoppings di Mid Valley. Antara kedai-kedai tu ada showroom Lorenzo! Memang telan air liur tengok perabut-peratbutnya. Paling aku berkenan set meja makan 8 kerusi..Telan air liur!gulp!

Dalam hati berkira-kira nak tukar kitchen cabinet. Nalurinya sampai ke en husband..Dan bertukarlah kitchen cabinet di dapur basah (di atas) dan dapur kering (di bawah)


Bukan kitchen cabinet yang mewah pun, biasa-biasa je..yang penting bertukar rupa..Transformasi!
ngeh ngeh ngeh