Friday, June 13, 2014

Habis dah Cuti Sekolah

Assalamualaikum w.b.t

Jangan muntah pulak tengok posting bertalu-talu.

Tiada cerita yang menarik pun.

Hidayah ada program selepas Zuhur, hari Khamis. Jadinya semalam pagi hantar semula Hidayah balik ke asrama.Since tengahari tiada makanan disediakan di dewan makan, budak-budak sepakat buat 'pot luck'.
Aku masakan sambal udang (seronoklah bebudak gamaknya sebab udangnya besar-besar!) terima kasih Cu, rebus mee untuk Hidayah bawa ke asrama. Goreng juga ayam.

Bila Hidayah balik semula ke asrama, memang rasa sunyi sangat.  Dialah kawan yang boleh diajak bersembang bercerita dan of course  go for walking and shoppings (macamlah banyak sangat duit, manjang shoppings).Sunyi juga sebab tidak kedengaran suara dia mengaji dan membaca Al-quran pada setiap kali selepas solat.

Doa ibu sentiasa bersama kakak, Semoga kakak akan mencapai kecemerlangan dalam SPM
Ya Allah kurniakanlah kepada anakku Nur Hidayah Attira binti Zaini, kejayaan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014 dengan mendapat 11A!Amin

Layan jelah ye gambar perasan overdose!
Selfielah sangat!



Si kecik Imran yang snap gambar ni sebab tu dia tak enterframe!


2 comments:

Blaze Kamikaze said...

Kejayaam tu pun adalah rezeki. Jdi, sebaik2 utk kejayaan adalah agar anak mkcik dimurahkan rezekinya oleh Allah. Aminnn ya rabbul al-amin

Fadzil said...

dah bulan july nih...