Friday, September 9, 2011

Cerita anak-anak aku

Aku tak tahu entah apa tak kena dengan aku hari ini.
Aku rasa tak sedap hati sungguh bila teringatkan Luqman masa nak pergi ke pejabat.
Aku tak terus ke pejabat tapi singgah pulak di sekolah Luqman.
Naluri seorang ibu yang tak keruan.
Bila aku pergi ke kelasnya, guru yang bertugas tu kata pelajar-pelajar Tingkatan 5 yang sedang menghadapi Trial SPM ditempatkan di kelas berasingan mengikut susunan alpha.
Cikgu itu tunjukkan di kelas mana Luqman ditempatkan.
Berderau darah aku dibuatnya bila Guru yang ditugaskan di kelas itu beritahu Luqman tidak hadir ke sekolah.
Tanya kepada rakan-rakan sekelas, seorang pun tak tahu ke mana perginya Luqman
Panik pun ada.
Aku cuba call handphone tak berjawab.Aku juga selalu pesan pada Luqman, Jangan sesekali bawa Handphone ke sekolah.
Aku balik rumah dan telefon abahnya.Dia suruh aku cari di sekitar kedai mamak yang berhampiran rumah dan sekolah.Puas pusing dan tinjau-tinjau tak jumpa juga.
Aku yang kejutkan dia pagi tadi ke sekolah.Dia bersalam dengan aku sebelum ke sekolah.
Bibik pun bagitahu dia nampak Luqman berjalan kaki ke sekolah dengan kawan yang biasa.
Mahu tak kecut perut aku dibuatnya!
Aku balik ke rumah semula untuk pergi ke rumah kawan lama tu, yang kebetulan tinggal berhampiran.Handphone aku berbunyi.Unknown number.
Luqman yang telefon dari sekolah.Aku pergi semula ke sekolah untuk pastikan dia benar-benar berada di sekolah.Memang dia ada di sekolah.Rupanya masa aku sampai di sekolah kali pertama tu,dia tengah sakit perut dan berada dalam tandas agak lama.Dia beritahu aku dia sakit perut sangat-sangat sebab dah 3 hari tak boleh nak buang air besar..aduhyaiiii sabar jelah!Manalah tahu sekarang ni, macam-macam berlaku pada anak-anakkan.Entah jadi apa-apa pada dia ke masa dalam perjalanan ke sekolah.Manalah tahu kan?

Apa yang buat aku rasa sangat terkilan adalah sikap guru.Langsung tak nak take effort call aku atau abah Luqman bila mana Luqman tiada dalam dewan peperiksaan.Kalaupun tak tahu nombor telefon aku, tentu boleh semak dengan guru kelas ataupun rakan sekelas Luqman yang biasa dengan Luqman.Kalau sebab tak nak spend Kredit, lepas call tu boleh je nak tuntut bayarannya daripada aku.Setakat tak sampai RM1 tu aku boleh ganti dengan top up RM10.00!Luqman bukanlah jenis suka ponteng sekolah.Aku sendiri pernah tanya pada guru kelasnya.Lagipun keputusan ujiannya sebelum Raya memang agak baik.Aku berasa sedikit lega kerana peperiksaan SPM semakin hampir.Dia sedang membukitkan kemajuannya dalam akademik.Aku tahu sebab aku emak dia!

Anak dara aku ni memang suka puasa.Aku baru mula puasa semula, dia dah nak beraya.
Selamat beraya ya :)

12 comments:

Cheq Sue said...

kak..kalau dah lama2 sgt kat tandas tu, cikgu mesti pi tgk dulu..

IXORAROXI said...

CheqSu, tu yang akak kesal dan terkilan sangat, so far anak akak tu tiada masalah disiplin, kalau dah lama sangat ke tandas, tentu ada masalahnya kan?apapun syukur dia sempat menduduki peperiksaan percubaan dan menghabiskannya..aduhyaiii

nuwairani ismail said...

adehhhhh! heran betol la...mcm org kt sekolah tu tak tau pape...kot ye pon, boleh suruh kawan2 dia di sekolah cari dulu. takkan la kawan2 pon tak nmpk dia ada kt sekolah...kalau budak yang selalu ponteng tu memang tak heran la nk buat keje2 mcm tu...sabar jela kak...kadang2 org ni main lepas tangan je...taknak bertanggungjawab dengan org lain...

ida @ 1001resepi said...

dalam keadaan sekarang ni memang risau perut dek hal anak-anak ni...kkida paham sangat perasaan ixora tu...cikgu? biasalah...bila dah berlaku sesuatu hal yang tak diingin baru nak bertindak...jika tidak...camtulah sikap mereka...

Lovely Kitchen said...

Selamat Hari raya dari Lovely Kitchen...

ayang said...

La.. tak kan cikgu/kekwn tak tau dia gi toilet. pelik gak. Tak perhatin sungguh dia org. Sabar je la..
Selamat hari raya hidayah.. Ayg pun baru raya hari ni..

♥ Cik Cha said...

naseb baik tak jadi apa2 kan auntie..
alhamdulillah... budak2 zaman sekarang ni kadang2 kene pantau..
mcm cha dgn adik2 la...

yg pelik cikgu pun tak alert ek..
adehhh.. mcm2 hal dorg ni...

IXORAROXI said...

Cikgu Nuni, kalaulah semua guru2 macam Nunike CheqSuke, tak adalah senak perut sangat ibubapa,terutama ibubapa yang tidak hanya melepaskan tanggunjawab di sekolah kepada cikgu semata-mata

IXORAROXI said...

Kak Ida, macam tulah bila jadi emak kan, naluri seorang emak, jarang salah..apapun berdoa selalu supaya anak2 dilindungi Allah selalu

IXORAROXI said...

Salam aidilfitri jug buta Lovely Kitchen..thank you singgah sini:)

IXORAROXI said...

Ayang, selamat hari raya ya:)

IXORAROXI said...

Che Cha cumel, thank you singgah ya