Friday, April 23, 2010

Pokok Jambu Madu

Abang ambil anak pokok jambu madu ni dari kampung.Mulanya dia tanam belakang rumah.Lepas tu pindah di hadapan rumah pulak.Depan pagar.Abang ni kalau tanam pokok main campak je pun pokok memang akan hidup dengan suburnya.Rasanya kalau aku, main pindah tanam macam tu, memang matilah pokok tu esoknya.
Pokok jambu madu ni memang selalu berbuah, tambah-tambah kalau musim hujan.Manusia ni macam biasalah kan, terutamanya aku.Dah berlambak depan mata macam tu memang jual mahal.Aku tak makan pun.Tapi aku suka ambil gambar bila pokok jambu ni mula berbuah.Selalunya jiran atau sesiapa yang lalu lalang depan rumah terliur juga tengok dan ambil jugalah setangkai dua buah jambu tu.Selebihnya gugur busuk atas tanah atau budak-budak ambil nak main baling-baling.Kadang-kadang buahnya masak tanpa berulat, kadang-kadang memang berulat.Itu yang buat aku tak sanggup nak makan.Padahal kalau ulat boleh hidup dalam buah tu, maknanya buah tu selamat untuk dimakan.
Hampir setiap pagi kalau nak pujuk Imran merajuk mengamuk nak ikut aku pergi kerja, pokok jambu itulah jadi mangsanya.Maid aku bawa dia ke pokok jambu tu dan biarkan dia petik sendiri buah jambu tu buat mainan..hehehe

Fresh from ladang

Masih hijau, kelat lagi ni

8 comments:

azieazah said...

Kalu dah merah menyala nanti, snap lagi tau. Pastu kita buat “party jambu madu” kat laman rumah awak... blehhh?

kakzie said...

sedapnya kak,rasa macam nak pi je wat muka tak malu nak mintak sikit...dulu depan rumah kita ada pokok jambu air jer.ayah tebang sebab terlalu banyak sgt buahnya tak termakan dan tak terbagi jiran2 bila gugur kotor simen...wat colek ngan cuka + belacan +gula + cili api sedap perghhhh

Anonymous said...

amin bin khalif

ooo hijau kelat lagih nih = tidaq silap buah hijau masih pahittttttttt agaknya ? saya wingat ada wajah jek yang ada pahittttttttt ooo buah pun jambu madu hijau ada pahit > kah kah kah gurau kah

Farhakesuma said...

Nak tunggu merah..nak pi panjat pokok jambu..hehehee

Anonymous said...

klu dah merah nak mintak sikit boleh?? ..hehehe.. tak malu... kat umah ada tp mcm malu nak berbuah...ari tu ada putik tp gugur aje putiknya...ada petua tak kak cara2 nak alihkan pokok jambu ni?...WI

gemstani said...

Salam puan-puan

Saya ada klon jambu madu terbaru..namanya HARO RED
Buahnya spt buah epal washington.

Rangup dena keras..warna buah masak spt warna kotak rokok dunhill

gemstani said...

Salam Puan Puan..saya Gemstani

Saya baru upload gambar buah jambu madu HARO RED dilaman blog http://gemstani.blogspot.com

Saya ada benihnya ..tak banyak tetapi harganya mahal sikit RM 120.00 sepokok

kalau ditanam dihalaman rumah ..berbaloi juga sebab klon ini mmg special ..umpama buah epal..isinya padat ( takda ruang kosong ) dan buahnya sangat rangup

saya boleh dihubungi @ hp 019-2067227 nama saya omar

gemstani said...

Salam puan puan maaf terlupa...jambu madu boleh juga ditanam didalam pasu besar ( pasu naga ) ..dan diletakkan diruang tamu rumah...

wow ..kalau dia berbuah..tetamu puan sangka ..jambu plastiklah ..jika sudah masak petiklah beri tetamu makan...

cubalah....tq & salam

omar